Kerajaan Thai sangat bingung dengan
kejadian pada hari ini. Setelah mengisytiharkan kejayaan dalam mengatasi
konflik di wilayah selatan terhadap rancangan yang dijalankan dapat
membayangkan kejayaan dalam mengatasi konflik.
Konflik di wilayah selatan semakin hari semakin gelap bagi
kerajaan oleh sebab beberapa rancangan yang dirancangkan tidak berjaya walaupun
sudah memanggil 12 orang dari kumpulan penyerah diri untuk menjadi alat
kerajaan supaya memancing pejuang lain untuk menyerah diri kepada kerajaan
seperti mereka, tetapi hal ini menjadi soalan bagi semua orang yang
memerhatikan konflik di wilayah selatan, mengapa di kalangan 12 orang dari
penyerah diri kepada kerajaan tidak termasuk Wan-alicopter Chehali?
Sebelum ini kerajaan mengatakan Wan-alicopter Chehali sebagai
ketua komando yang memiliki tentera 8,000 orang dan sebagai salah satu orang
yang sangat berpengaruh di kalangan Pejuang kemerdekaan Patani. Orang yang
banyak peranan seperti Wan-alicopter Chehali mengapa di ketepikan oleh kerajaan
untuk menjadi salah satu dari kumpulan memancing gerakkan untuk
berhenti keganasan yang di ketuai oleh Maj. Gen. Cherin Amorkeaw.
Kumpulan ini berjumlah semua 18 orang termasuk 12 orang dari 93 orang yang
penyerah diri.
Kerajaan Thai terdesak dengan perbuatan dan percakapan diri
sendiri yang membuat khabar angin tentang pejuang kemerdakaan Patani melarang
berkerja pada hari jumaat. Seterusnya khabar angin itu tidak berhasil, penduduk
wilayah selatan sedar bahawa ini permainan kerajaan untuk menfitnahkan pejuang
kemerdekaan Patani. Setelah kejadian ini menyebab penduduk Melayu wilayah
selatan merasa keliru terhadap pendirian kerajaan Thai yang merancangkan semua
perancangan untuk membantu kapitalis yang berada di wilayah selatan bukan untuk
mengamankan wilayah ini.
Sebelum ini kerajaan mengatakan bahawa kumpulan PULO (Patani
United Liberation Organization) tidak bergerak dan yang berada hanya nama
sahaja, tentera PULO sudah pupus mengikut perkataan Lt.Gen. Samrid Srirai. Di hari
ini tentera PULO lah yang meletupkan bom di wilayah Narathiwat serta sangkutkan
bendera PULO di tiang tepi jalan. Bendera itu dapat menafikan perkataan
kerajaan bahawa kumpulan ini sudah hilang.
Konflik di wilayah selatan hari ini menyala kuat oleh sebab
pejuang dapat bertindak dengan serentak iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat
menjadi satu cabaran bagi kerajaan terhadap sistem keselamatan yang
dirancangkan oleh kerajaan. Tindakkan pejuang kemerdekaan Patani di hari ini
salah satunya untuk membuktikan bahawa pejuang kemerdekaan Patani dapat
mengawal kawasan secara keseluruhan bukan 15% seperti dikatakan oleh kerajaan
Thai.
Penduduk wilayah selatan ingin melihat kesungguhan kerajaan
dalam mengatasi konflik bukan menggunakan bajet tahunan untuk memberi bantuan
atau untuk menyokong kapitalis yang berada di wilayah selatan. Jikalau kerajaan
bersikap seperti ini, konflik di wilayah selatan akan membara bahkan menyala,
kemuangkinan konflik akan melarat ke luar kawasan sehingga tidak tapat
mengontrol.
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น